FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
10 PUISI RAMADHAN 1440H (2019)
10 PUISI RAMADHAN 1440H (2019)
PUISI RAMADHAN
FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
- ESOK PUASA
- ESOK PUASA
Lembayung senja hari ini terlihat begitu indah
Dengan tona jingga yang berbeza dari hari-hari lainnya
Perlahan temaramnya menyelak jendela Ramadhan
Esok puasa ... teriak hati penuh kegirangan
Dengan tona jingga yang berbeza dari hari-hari lainnya
Perlahan temaramnya menyelak jendela Ramadhan
Esok puasa ... teriak hati penuh kegirangan
Pendar warna tembaga meliuk lentuk di riak gelombang
Cahayanya bergentayangan memukau mata nan memandang
Bagaikan turut sama menyemangati, ikut serta mera'i
Bulan segala berkah yang menjengah lagi pada tahun ini
Cahayanya bergentayangan memukau mata nan memandang
Bagaikan turut sama menyemangati, ikut serta mera'i
Bulan segala berkah yang menjengah lagi pada tahun ini
Marhaban Ya Ramadhan!
Angin Tenggara menghembus sepoi-sepoi bahasa
Membawa warkah khabar dari lapis langit tertinggi
Seisi jagatraya menantikan kehadirannya
Desir ratib mendoakan sekalian penghuni bumi
Membawa warkah khabar dari lapis langit tertinggi
Seisi jagatraya menantikan kehadirannya
Desir ratib mendoakan sekalian penghuni bumi
Laju derap langkah kaki bersegera ke mussola
Mengiringi merdu suara muadzin mengesakan Sang Pencipta
Ayuhlah bersembahyang
Ayuhlah menuju kejayaan
Mengiringi merdu suara muadzin mengesakan Sang Pencipta
Ayuhlah bersembahyang
Ayuhlah menuju kejayaan
... semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya
FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
- SOLAT TARAWIKH
- SOLAT TARAWIKH
Tiada pajang purnama di awal bulan
Sungging sesabit pun masih belum lagi kelihatan
Samar pancar kejora galak menyinari malam nian sunyi
Pesona kerdip gemintang indah menghiasi langit yang tinggi
Sungging sesabit pun masih belum lagi kelihatan
Samar pancar kejora galak menyinari malam nian sunyi
Pesona kerdip gemintang indah menghiasi langit yang tinggi
Biarlah kelam biarlah legam
Cukuplah cahaya iman menerangi malam
Dalam mencari redha Sang Illahi Rabbi
Yakin akan memperoleh laba seperti yang telah dijanji
Cukuplah cahaya iman menerangi malam
Dalam mencari redha Sang Illahi Rabbi
Yakin akan memperoleh laba seperti yang telah dijanji
Tarawikh ...
Rindu padamu akan bakal terubati
Beginikah gembiranya Majnun tatkala bertemu Laila yang dicintai
Begitu lama rasanya menunggu sehingga belasan purnama
Kini peluang mendakapmu tidak akan aku persia
Rindu padamu akan bakal terubati
Beginikah gembiranya Majnun tatkala bertemu Laila yang dicintai
Begitu lama rasanya menunggu sehingga belasan purnama
Kini peluang mendakapmu tidak akan aku persia
Aku mahu merintih dalam ruku'ku
"Maha Suci Allah lagi Maha Mulia dengan sifat KepujianNya"
Aku mahu menangis dalam sujudku
"Maha Suci Allah lagi Maha Tinggi dengan sifat KepujianNya"
"Maha Suci Allah lagi Maha Mulia dengan sifat KepujianNya"
Aku mahu menangis dalam sujudku
"Maha Suci Allah lagi Maha Tinggi dengan sifat KepujianNya"
... "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Penguasa Sekelian Alam"
FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
- TADARUS AL-QURAN
- TADARUS AL-QURAN
Bersahut-sahutan bacaan ayat-ayat suci kedengaran
Lengkap tajwidnya, sempurna taranumnya tika dilagukan
Sejahtera atas kamu wahai para pejuang Ramadhan yang setia
Ikhlas memakmurkan rumah Allah di bulan yang mulia
Lengkap tajwidnya, sempurna taranumnya tika dilagukan
Sejahtera atas kamu wahai para pejuang Ramadhan yang setia
Ikhlas memakmurkan rumah Allah di bulan yang mulia
Walaupun kaki sudah lenguh bersila
Meskipun usia malam semakin renta
Tetap bertahan meneruskan pembacaan
Kerana setiap saat mahu dimanfaatkan
Setiap detik tidak mahu dibazirkan
Meskipun usia malam semakin renta
Tetap bertahan meneruskan pembacaan
Kerana setiap saat mahu dimanfaatkan
Setiap detik tidak mahu dibazirkan
Semakin nikmat semakin asyik
Setiap hukum diteliti dan ditasmik
Bait demi bait bersama ditelaah
Walau cuma bermukim di asas balaghah
Sepenuh hati memohon agar segala doa diijabah
Setiap hukum diteliti dan ditasmik
Bait demi bait bersama ditelaah
Walau cuma bermukim di asas balaghah
Sepenuh hati memohon agar segala doa diijabah
Qalam Allah akan tetap terpelihara
Mukjizat agung kepada Rasul yang mulia
Sebagai pedoman buat sekalian umat
Tidak akan hilang hingga tibanya qiamat
Mukjizat agung kepada Rasul yang mulia
Sebagai pedoman buat sekalian umat
Tidak akan hilang hingga tibanya qiamat
FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
- QIAMULAIL
- QIAMULAIL
Sunyi malam telah mencipta satu ruang lingkup rahsia
Tabir ghaib mengasingkan diri dari makhluk lainnya
Bagaikan suatu hijab yang menyelimuti wujud jiwa
Segalanya kosong ... hanya sosok diri yang dilitupi gemerlap cahaya
Tabir ghaib mengasingkan diri dari makhluk lainnya
Bagaikan suatu hijab yang menyelimuti wujud jiwa
Segalanya kosong ... hanya sosok diri yang dilitupi gemerlap cahaya
Memejam mata dalam kemas duduk sila
Senada lenggok tubuh dengan kidung ratibnya
Terasa bisa langsung berbisik padaNya tanpa sesiapa mendengari
Menyerahkan sepenuh jiwa raga ke hadrat Sang Illahi Rabbi
Senada lenggok tubuh dengan kidung ratibnya
Terasa bisa langsung berbisik padaNya tanpa sesiapa mendengari
Menyerahkan sepenuh jiwa raga ke hadrat Sang Illahi Rabbi
Demikian satu demi satu hijab tersingkap
Babak demi babak semakin terungkap
Terasa denyut nadi berzikir di dalam gelap rahim ibunda
Kian terserlah segala rahsia penciptaan alam semesta
Babak demi babak semakin terungkap
Terasa denyut nadi berzikir di dalam gelap rahim ibunda
Kian terserlah segala rahsia penciptaan alam semesta
Mengembara bebas di alam tanpa sempadan
Bak helang di angkasa luas sedang berterbangan
Bergema suara pohonan dan tumbuhan sedang berzikir
Jelas kedengaran ratib ombak laut dan beting pepasir
Bak helang di angkasa luas sedang berterbangan
Bergema suara pohonan dan tumbuhan sedang berzikir
Jelas kedengaran ratib ombak laut dan beting pepasir
Ya Rabb ... Ya Rabb ... Ya Rabb ... Ya Rabb
Irama merdu tercipta dari letup degup jantung
Meruap di sangkar jasad di mana roh tersarung
Menitis embun di hati nurani yang gersang
Merinai hujan di bumi batin yang kontang
Meruap di sangkar jasad di mana roh tersarung
Menitis embun di hati nurani yang gersang
Merinai hujan di bumi batin yang kontang
Subhanallah ... sungguh indah begitu mempesona
Tak terbanding ambang purnama atau bias sapta bianglala
Tapi mengapa begitu pantas menjelangnya pagi
Masih belum puas lagi rasa khusyu' ini aku nikmati
Tak terbanding ambang purnama atau bias sapta bianglala
Tapi mengapa begitu pantas menjelangnya pagi
Masih belum puas lagi rasa khusyu' ini aku nikmati
FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
- SAHUR
- SAHUR
Jam tua di dinding berdenting empat kali
Parau bunyinya menggema memecah sunyi
Di selang seli dengan nyaring kokok kedua si jalak
Bangunlah insan ... ayuh kita imarahkan waktu imsak
Parau bunyinya menggema memecah sunyi
Di selang seli dengan nyaring kokok kedua si jalak
Bangunlah insan ... ayuh kita imarahkan waktu imsak
Seru sekali pertarungan di antara hati dan netra
Yang masing-masing diwakili iman dan nafsu durjana
Untuk bangun dan menyantap barang sesuap nasi
Di waktu paling dingin yang menusuk ke tulang sulbi
Di kala insan lain sedang asyik diulit mimpi
Yang masing-masing diwakili iman dan nafsu durjana
Untuk bangun dan menyantap barang sesuap nasi
Di waktu paling dingin yang menusuk ke tulang sulbi
Di kala insan lain sedang asyik diulit mimpi
Menggagahi diri melawan kelat mata bangkit dari lena
Untuk sekadar meneguk air bagi meraih pahala
Itulah juga waktu yang afdhal untuk beruzlah dan bermunajat
Semoga muhasabah di dalam tirakat
Agar tiap saat di bulan puasa ini mendapat berkat
Untuk sekadar meneguk air bagi meraih pahala
Itulah juga waktu yang afdhal untuk beruzlah dan bermunajat
Semoga muhasabah di dalam tirakat
Agar tiap saat di bulan puasa ini mendapat berkat
Berbahagialah sesiapa yang berjaya melawan nafsunya
Kerana bermujahadah itu adalah jambatan kepada taqwa
Asbab baraqahnya bersahur di pagi hari
Akan dapat menguatkan sendi hingga ke senja nanti
Kerana bermujahadah itu adalah jambatan kepada taqwa
Asbab baraqahnya bersahur di pagi hari
Akan dapat menguatkan sendi hingga ke senja nanti
... "sahaja aku berpuasa di dalam bulan Ramadhan, fardhu atasku, kerana Allah Taala"
FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
- PUASA
- PUASA
Arunika Ramadhan kini mulai memancarkan cahaya
Membawa baraqah, membawa rahmah ke seantero buana
Melipat kembali selimut malam yang melitupi bumi
Tersenyum bebola gergasi memulakan tugasan yang diberi
Membawa baraqah, membawa rahmah ke seantero buana
Melipat kembali selimut malam yang melitupi bumi
Tersenyum bebola gergasi memulakan tugasan yang diberi
Embun sempat berzikir sebelum terpeluwap ke udara
Kudup dan pucuk masih berwirid sewaktu dipimpin keluar dari gelita
Perlahan jemari cahaya meraba sela-sela dedaunan
Lembut mentari pagi menyentuh dahan-dahan pohonan
Kudup dan pucuk masih berwirid sewaktu dipimpin keluar dari gelita
Perlahan jemari cahaya meraba sela-sela dedaunan
Lembut mentari pagi menyentuh dahan-dahan pohonan
Syukur Alhamdulillah ...
Jasadku masih bernyawa untuk kembali menghirup udara Ramadhan
Sekali lagi dianugerahkan peluang hidup di bulan penuh pengampunan
Masih diberikan asa untuk beribadat di bulan mulia ini
Menggali lubuk-lubuk pahala buat bekal ke sana nanti

Di waktu ini segala doa akan diijabah
Bahkan tidur juga akan dikira sebagai ibadah
Perkara sunat seperti ibadah wajib kerana pahalanya dilipat gandakan
Tak terbayang imbuhan untuk yang wajib andai sempurna dikerjakan
Bahkan tidur juga akan dikira sebagai ibadah
Perkara sunat seperti ibadah wajib kerana pahalanya dilipat gandakan
Tak terbayang imbuhan untuk yang wajib andai sempurna dikerjakan
... "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertaqwa" (QS. Al-Baqarah: 183)
FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
- BERBUKA
- BERBUKA
Tabuh dipalu menandakan telah masuk waktu berbuka
Menadah tangan seiring kumandang azan yang menggema
Menadah tangan seiring kumandang azan yang menggema
... "Allahu malaka sumtu Wabika amantu Wa'ala rizqika afthartu Birah matikaya ar hamar rahimin"
Seulas qurma bagi menambah pahala sunnah
Ujian hari pertama dilepasi sudah
Kembali segar seluruh anggota
Setelah seharian berlapar dahaga
Ujian hari pertama dilepasi sudah
Kembali segar seluruh anggota
Setelah seharian berlapar dahaga
Ku panjatkan syukur atas nikmatNya
Selesai menyempurnakan rukun Islam ketiga
Semoga akan bertambah nilai-nilai ketaqwaan
Dan semakin meningkat darjat-darjat keimanan
Selesai menyempurnakan rukun Islam ketiga
Semoga akan bertambah nilai-nilai ketaqwaan
Dan semakin meningkat darjat-darjat keimanan
Berbahagialah insan yang istiqamah dalam ibadah
Seikhlas hati berusaha menggapai maghfirah
Sesungguhnya ada dua kegembiraan yang telah dijanji
Iaitu sewaktu berbuka dan semasa menjelang Aidilfitri
Seikhlas hati berusaha menggapai maghfirah
Sesungguhnya ada dua kegembiraan yang telah dijanji
Iaitu sewaktu berbuka dan semasa menjelang Aidilfitri
Jangan dilupa beberapa minit sebelum berbuka
Antara waktu paling mustajab untuk berdoa
Pejamkan mata dan bermunajatlah wahai sahabat
Moga kan beroleh kesejahteraan di negeri akhirat
Antara waktu paling mustajab untuk berdoa
Pejamkan mata dan bermunajatlah wahai sahabat
Moga kan beroleh kesejahteraan di negeri akhirat
FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
- LAILATUL QADAR
- LAILATUL QADAR
Tenteramnya cuaca di malam ini
Ombak laut pun tidak bergelora
Tiada awan yang melindungi
Kerdip gemintang bak kilauan permata
Ombak laut pun tidak bergelora
Tiada awan yang melindungi
Kerdip gemintang bak kilauan permata
Damainya rasa di hati ini
Setenang permukaan cermin kaca
Berkali ku timbal dan aku amati
Inikah malam seribu purnama
Setenang permukaan cermin kaca
Berkali ku timbal dan aku amati
Inikah malam seribu purnama
Cengkerik pun tak mahu berbunyi
Semuanya mendiam seribu bahasa
Tambah hening malam yang sunyi
Turun malaikat mengaminkan doa
Semuanya mendiam seribu bahasa
Tambah hening malam yang sunyi
Turun malaikat mengaminkan doa
Bermula dari terbenam mentari
Hinggalah fajar keesokan harinya
Melimpah ruah rahmat yang diberi
Dilipat gandakan segala pahala
Hinggalah fajar keesokan harinya
Melimpah ruah rahmat yang diberi
Dilipat gandakan segala pahala
Malam penetapan apa yang bakal terjadi
Segala urusan makhluk pada tahun berikutnya
Anugerah yang dikurniakan kepada umat Nabi
Tanda kasih Allah swt kepada hamba-hambanya
Segala urusan makhluk pada tahun berikutnya
Anugerah yang dikurniakan kepada umat Nabi
Tanda kasih Allah swt kepada hamba-hambanya
... "Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar" - Surah Al-Qadr, ayat 5
Nukilan: Si Takluk Jagat
#STJ2019_118
#STJ2019_118