Menu

Monday, 29 July 2019

STJ2019_133 - ANCALA DAN NABASTALA (Balasan Puisi Khodeok Imoeut)

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

(Balasan Puisi Khodeok Imoeut)

Image may contain: plant

Ancala nabastala


Berpikiran aku untuk menarik benang benang langit untuk terdentang gendang dasar bumi oleh guncangan aktif atmosfer nan malas memeluk bekas langkah kita di jejak nirwana

Sesampai di hujung galaksi ku tatap lagi senyummu nan menguntum,tak sanggup airmata waluku,,,
Lalu kuutus arunika tuk kau nikmati setelah surya mengatup kening senja nan menguning

Terbisik kembali kekata tak terlihat mata
Terbilanglah,
Lisan meludahkan basi ulaman hijau tabung duka
Mayapada suarkan aku kehilangan
Tetes dari emban peluh pagi

Leo sagitanies
Loncatan hati:19-06-2019


ANCALA DAN NABASTALA

(Balasan Puisi Khodeok Imoeut)


Dik ...
Mengapa tidak kamu untai sahaja bulir-bulir gerimis renjisan gumpalan awan hitam dan simpulkan pada setiap hujung sapta warni bianglala petang yang sedang bersinar benderang kerana pasti cahayanya akan lebih lama bertahan tanpa perlu kamu kait benang-benang langit untuk mendentang gendang dasar bumi
Sesungguhnya baik nirwana atau nirmala tidak akan mahu ambil tahu kalaupun guncangan atmosfera itu memeluk malas bekas langkah kita di jejak-jejak mereka kerana meskipun setelah suria mengatup kening-kening senja, ancala masih tetap akan memakukan tatap pada indahnya nabastala malam tanpa sepicing pun mahu melepas pandang
Dan pasti hujung galaksi akan turut mengiringi senyummu dik ... semanisnya senyumku yang sedang menatap arunika yang kamu utuskan teruntukku
Waktu itu aksara-aksara puisi rindu akan terlakar sendiri di langit tinggi ... walau tanpa lisan membaur, walau tanpa bisik terhambur ... dan bening mayapada akan mendakapmu erat dengan penuh kasih sayang
Semoga berpanjangan
Nukilan: Si Takluk Jagat
20 Jun 2019

Ancala - gunung
Nabastala - langit
Sapta - tujuh
Bianglala - pelangi
Sepicing - sekerlip
Arunika - matahari pagi

No comments:

Post a Comment