Menu

Friday, 21 September 2018

PUISI HATI


FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

PUISI HATI


Hati ...

Mengapa kau begini?

Ingkarkah kau pada janji?

Pintumu telah ku bina dari keluli
Tiap sudutmu kukuh berpatri
Mangganya sebesar angkasa
Malahan kuncinya seberat dunia
Tiada senjata mampu memecahkannya

Cinta ...
Datangnya tanpa diduga
Hadirnya tidak dijangka
Gelombangnya menggoncangkan Arasy
Geloranya menghimpit qalbu
Ombak laut pun boleh membeku
Badai ganas kan jadi layu

Ya Rabb ...
Layarkanlah perahu TamsilMu
Aku tak mahu berdayung
Aku tak mampu bertarung

Nukilan: Si Takluk Jagat
20 September 2018

No comments:

Post a Comment