FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
BUANGKAN RASA ITU
BUANGKAN RASA ITU
Adikku …
Tersentuh hatiku
Dek ikhlas rasamu
Dan tingginya pengharapanmu
Puisimu penuh luka
Aksaramu menceritakan segala
Aku tahu …
Rasa itu bukan sengaja diminta
Tapi rasa yang timbul dari jiwa
Asalnya berputik dari mata
Terdetik dalam kata
Semakin mekar di hati
Akhirnya berkelopak, mewangi di qalbi
Dan kembangnya kian sempurna
Aromanya membuai rasa
Menyemai benih-benih cinta
Menyemarakkan api pesona
Aku memetik gitar usangku
Cuba bersimfoni sendiri
Bersenandung dengan alami
Tapi aku hilang dalam bungkam
Kusut dalam terang
Kenangan silam datang bertandang
Tuhan …
Tolong buangkan rasa itu dari hatinya
Kerana aku sayang dia
Dan aku tak mahu dia derita
Sebagaimana aku sengsara
Nukilan: Si Takluk Jagat
08 Oktober 2018
Adikku …
Tersentuh hatiku
Dek ikhlas rasamu
Dan tingginya pengharapanmu
Puisimu penuh luka
Aksaramu menceritakan segala
Aku tahu …
Rasa itu bukan sengaja diminta
Tapi rasa yang timbul dari jiwa
Asalnya berputik dari mata
Terdetik dalam kata
Semakin mekar di hati
Akhirnya berkelopak, mewangi di qalbi
Dan kembangnya kian sempurna
Aromanya membuai rasa
Menyemai benih-benih cinta
Menyemarakkan api pesona
Aku memetik gitar usangku
Cuba bersimfoni sendiri
Bersenandung dengan alami
Tapi aku hilang dalam bungkam
Kusut dalam terang
Kenangan silam datang bertandang
Tuhan …
Tolong buangkan rasa itu dari hatinya
Kerana aku sayang dia
Dan aku tak mahu dia derita
Sebagaimana aku sengsara
Nukilan: Si Takluk Jagat
08 Oktober 2018
No comments:
Post a Comment