FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
DALAM
DALAM
Sapa ikhlas dalam salam
Juta bias dalam kalam
Ada kias dalam senda
Indah hias dalam kata
Senyum tawa dalam duka
Tangis luka dalam ria
Larut sedih dalam gembira
Harap cahaya dalam gelita
Penuh rias dalam peri
Mekar bunga dalam puisi
Syahdu sajak dalam aksara
Gejolak rindu dalam asmara
Pedih galau dalam suka
Jiwa risau dalam canda
Keras batu dalam hati
Penuh dendam dalam diri
Sumbang langkah dalam tari
Lirik salah dalam nyanyi
Takut silap dalam menilai
Bimbang hanyut dalam belai
Serah diri dalam sujud
Lebur asa dalam Tahajjud
Khusyuk insaf dalam doa
Moga bahagia dalam cinta
Nukilan: Si Takluk Jagat
19 September 2018
No comments:
Post a Comment