FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
KUDUP CINTA MULAI TERBUKA
KUDUP CINTA MULAI TERBUKA
Dari kejauhan aku terhidu aroma cinta
Semerbak harumnya bak wangian dari syurga
Dan telingaku menangkap lagu nyanyian jiwa
Yang iramanya begitu menghiba, begitu mempesona
Bijaknya kamu menyembunyikan segala rasa
Kuat hatimu mengawal badai yang bergelora
Iblis tidak kan mampu untuk mengetahui rahsia hari esok
Tapi netra makrifatku dapat membaca segala lenggok
Bagaimana dapat kamu sembunyikan rahsia hati
Kerana hatiku dan hatimu telah sama terkunci
Desir lembut sang bayu menitipkan salam rindu darimu
Dan lambaian dedaunan menarikan rentak lagu cintamu
Terik sinar mentari yang memancar terang
Unggas yang berterbangan turut berkicau girang
Bagaikan sama-sama mahu meraikan
Kuntuman bunga yang mulai mekar di jambangan
Kuda putihku turut meringkik manja
Agaknya dia pun ikut sama bergembira
Kerna rakan karibnya ini telah mahu menyayangi
Menjagai kudup cinta yang mulai terbuka di hati
Nukilan: Si Takluk Jagat
13 Oktober 2018

No comments:
Post a Comment