FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
PANAH ARJUNA
Wahai Sang Dewi …
Mengapa ada prasangka bersarang di dada?
Kenapa mesti ada curiga merantai di jiwa?
Janganlah hanya memandang topeng luaranku
Kerlinglah juga ke dalam renungan mataku
Kamu cuma memandang dengan netra syariat
Cubalah renungkan dengan cahaya hakikat
Kamu melihat para Bidadari bertekuk lutut padaku
Kamu nampak para dewi bersimpuh menahan riuh
Memang, petikan kecapiku melambungkan asa
Benar, nyanyian cintaku merasuk rasa
Tapi mereka cuma menikmati aksara syairku
Mereka tidak mampu membaca gelora hatiku
Dan hanya aku yang tahu rahsia puisiku
Sang Dewi …
Tubuhku cukup ampuh untuk menahan api cinta
Hatiku cukup kental untuk terbakar dalam pesona
Tapi mampukah kau wahai Sang Dewi?
Untuk menepis panahan arjuna berapi
Aku bimbang tubuh indahmu akan hancur
Aku khuatir hati wajamu akan melebur
Kerana panah arjunaku tidak bermata
Kerana panah arjunaku bertatahkan cinta
Ketahuilah, Musafir ini membawa cinta sebesar benua
Nukilan: Si Takluk Jagat
28 September 2018

No comments:
Post a Comment