FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
AIRMATA IBU
AIRMATA IBU
Ibu ...
Deritanya kamu semenjak ayah pergi
Malammu jadi sepi, cuma kedinginan sudi menemani
Memulai setiap pagi dengan hati tertusuk kaca
Kerana dia tiada di sisi tika kamu membuka mata
Aku tahu kamu menangis di setiap sujudmu
Memohon agar di sana dia tetap kan jadi pasanganmu
Kedut di wajahmu telah semakin jelas kelihatan
Kerana bagimu sudah tiada lagi ertinya kecantikan
Meskipun kamu tersenyum tika bercerita tentang dia
Airmatamu selalu terlihat bergenang di kelopak mata
Kisah derita rindu yang cuba kamu sembunyi
Kerling netramu bagaikan tahu yang aku memahami
Ibu ...
Anakmu ini kini sudah dewasa
Puteramu ini juga pernah merasa sengsara cinta
Tetap tidak dapat ku tandingi keteguhan tugu cintamu
Yang kamu dirikan di sudut paling sunyi di hatimu
Usahlah ibu, usah menangis lagi
Ikhlaskanlah, biar tenang dia pergi
Dia pasti akan setia menunggumu
Di pintu syurga, menanti untuk memimpin tanganmu
Nukilan: Si Takluk Jagat
06 November 2018
No comments:
Post a Comment