Menu

Friday, 30 November 2018

AKU CUMA MAHU BERPUISI


FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

AKU CUMA MAHU BERPUISI

No automatic alt text available.

AKU CUMA MAHU BERPUISI

Sahabat ...
Jangan ada rasa benci, jangan sampai ada prasangka
Aku di sini untuk berpuisi, bukan untuk menggamit cinta
Bukan mendamba simpati Sang Puteri 
Bukan juga untuk menggoda Si Dewi

Izinkanlah aku untuk berimajinasi di sini
Izinkan aku untuk terus melakar mimpi
Lihatlah puisi-puisi ku dari sudut sastera
Jiwailah watak Si Takluk Jagat dari karyaNya

Sahabat ...
Maafkanlah aku kalau ada kesilapan
Tegurlah aku andai aku keterlaluan
Aku tahu banyak mata-mata yang sedang memandang
Makanya aku harus berhati-hati dalam keterampilan

Aku juga seperti kamu, manusia biasa
Tak mungkin lari dari salah dan dosa
Dengan lafaz salam dan santun
Sepenuh hati aku memohon ampun

28 November 2018



No comments:

Post a Comment