FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
BILA MALAM BERDUKA
Sunyinya malam ini
Kejora pun tak mahu bersinar
Angin tenggara meniup melirih
Membawa khabar watikah sedih
Tentang cinta yang tak kesampaian
Tentang harapan yang terawang-awangan
Rindu itu datang lagi
Membisik derita cinta semalam
Sinar rembulan dah tak nampak berseri
Gemintang pun bersembunyi di sebalik awan
Hilang ceria di angkasa kelam
Terlihat di kejauhan cahaya berbalam
Rintik hujan menambah sepi
Menghanyut pergi sejuta harapan
Angin masih lagi berteka-teki
Berdarah hati dek rindu dendam
Berdiri berhadapan saling bertatapan
Terlalu jauh untuk bersentuhan
Hanya netra melirik netra
Luahan puisi saling memuja
Biar malam menjadi saksi
Cinta suci bakal terpatri
Nukilan: Si Takluk Jagat
No comments:
Post a Comment