FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
SIAPA AKU?
SIAPA AKU?
Sahabat ...
Janganlah kamu tanya siapa diriku
Jangan pernah mahu tahu wujud asalku
Aku berasa lebih bahagia begini
Memperkenalkan diri lewat puisi
Panggillah aku Si Takluk Jagat
Ibu pertiwiku di bumi berdaulat
Darah ku warisi semangat Jebat
Ingin berteman mencari sahabat
Jauh mengembara ke negeri terbilang
Hasrat menggali permata yang hilang
Untuk jadi pusaka buat anak muda
Bukti berdaulatnya bangsa merdeka
Moga khazanah yang telah lama tertanam
Yang mengandungi azimat permata nilam
Akan menjadi bekal hidup hakiki
Kelak menjadi amal kembara abadi
Ayuhlah sahabat kita seiring berjalan
Putera tak ternobat ini kelana sendirian
Moga diberkati perjalanan kita
Moga dirahmati pertemanan yang tercipta
Nukilan: Si Takluk Jagat
26 November 2018
No comments:
Post a Comment