FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
1000 RAHSIA SI PUTERI ELANG
1000 RAHSIA SI PUTERI ELANG
Aku cuma memerhati dari kejauhan
Memandang puteri elangku yang asyik berterbangan
Indahnya remang cahaya sore yang berseri
Terlihat lebih mempesona dengan hadirnya si puteri
Mengepak perlahan menelusuri angin yang menderu
Bersama pasangannya ... berpantun, bersyair dan berlagu
Riangnya terliat si puteri elang di langit tinggi
Dengan sang putera elangnya setia menemani
Tapi mengapa firasatku mencoretkan sketsa luka?
Dan retina si puteri bagai menyimpan seribu rahsia
Terlihat kibasan sayap mereka tidak senada
Dan syair-syair mereka bukan beriramakan cinta
Andai nanti putera elangmu mengepak pergi
Lalu meninggalkan kamu sendiri
Aku akan terbang mendapatkanmu
Dan menyarungkan padamu selimut rindu
Dan tika itu nanti kamu tidak akan terbang berseorangan
Kerana aku akan senantiasa ada di sisi menemankan
Pasti seluruh jagatraya akan membuka mata
Kerana tika itu elang ini akan terbang berdua
Beriringan melayang bak merpati dua sejoli
Dengan izinNya, bisa menawan puncak awan yang tinggi
Kerana aku percaya ...
Nun di sebalik awan itu
Ada rindu dan ada bahagia sedang menunggu
Nukilan: Si Takluk Jagat
30 November 2018
No comments:
Post a Comment