FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
(Kolaborasi Puisi Bersama Qolby Shafira)
CUKUPLAH HANYA GELISAH PENAKU YANG PAPARKAN RINDU
(Kolaborasi Puisi Bersama Qolby Shafira)
Secebis rindu masih luruhkan bulir-bulir tirta di sudut telaga sunyiku
Entah mengapa ... entah bagaimana ... ambigu semakin kerap datang merayu
Di kala amukan moksa melerai pilu jiwa yg sedang merajuk
Kelana ... tiupan bangsimu menghembus lembut hatiku yang minta dipujuk
Irama itu ... biramanya yang tersengal ... senada dengan alunan gemersik qalbu
Rindu itu ... meretak di tebing ngarai ... hanya menunggu waktu untuk memaut benalu
Sunyiku cuma Tuhan sahaja yang mendengarkannya
Dan rinduku hanya mampu dirasai oleh semilir senja
Pelangi ... tetaplah terus membias cahaya
Walau aku tahu malam pasti akan melumatkan sinar baskara
Senja ... masih bisakah kamu menghadirkan warna lembayung?
Biar siulan bangsi itu akan terus kekal kedengaran bersenandung
Aku cuma mahu memejamkan serapat-rapatnya bebola mataku
Cukuplah hanya gelisah penaku yang memaparkan segala rindu
Walaupun cahaya bianglala itu semakin lama semakin meredup
Biarpun bersembunyi hangat sang suria itu di dalam selimut
Aku tidak mahu ambil tahu lagi!
Aku tidak mahu ambil peduli lagi!
... kerana aku hanya mahu menghayati alun bunyi bangsi itu ... dan menikmati merdu irama seruling itu ... semoga rinduku akan bisa terpujuk
Nukilan: Si Takluk Jagat / Qolby Shafira
15 Mac 2019
No comments:
Post a Comment