FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
SHIDA SHIDQIA (AKROSTIK)
S edakap rindu memeluk asa
H adir puan bersimbah cahaya
I ringi hasrat melangit tinggi
D ipanjatkan doa memihrab puji
A pakah bahagia di hadapan menanti
S iksa derita ku usir pergi
H arum kembali kudup melati
I gauan ngeri jauh ku buang
D uka lara tak mahu ku kenang
Q ada' dan Qadar menyembuh luka
I nikah jalan inikah suratanNya
A llah swt perancang sempurna
Nukilan: Si Takluk Jagat
20 Jun 2019
No comments:
Post a Comment