FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
10 PUISI RAMADHAN 1440H (2019)
SOLAT TARAWIKH
Tiada pajang purnama di awal bulan
Sungging sesabit pun masih belum lagi kelihatan
Samar pancar kejora galak menyinari malam nian sunyi
Pesona kerdip gemintang indah menghiasi langit yang tinggi
Biarlah kelam biarlah legam
Cukuplah cahaya iman menerangi malam
Dalam mencari redha Sang Illahi Rabbi
Yakin akan memperoleh laba seperti yang telah dijanji
Tarawikh ...
Rindu padamu akan bakal terubati
Beginikah gembiranya Majnun tatkala bertemu Laila yang dicintai
Begitu lama rasanya menunggu sehingga belasan purnama
Kini peluang mendakapmu tidak akan aku persia
Aku mahu merintih dalam ruku'ku
"Maha Suci Allah lagi Maha Mulia dengan sifat KepujianNya"
Aku mahu menangis dalam sujudku
"Maha Suci Allah lagi Maha Tinggi dengan sifat KepujianNya"
... "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Penguasa Sekelian Alam"
Nukilan: Si Takluk Jagat
06 Mei 2019 / 01 Ramadhan 1440
No comments:
Post a Comment