FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
AKU MILIKMU
(Untuk Adikku Lethy Nishabela)
** dengan doa, "moga kamu ketemu cinta sejatimu dd"
Semakin kerap kidung rindu ini menggetar jiwa
Dan kian kuat irama sayu itu menampar dada
Ratusan batu jauhnya kita berjarak
Tatap kita hingga dibatasi riuh laut dan ombak
Ajarkan aku Tuan bagaimana kamu menahan diri
Pedihnya rasa ini bagai sedang merobek hati
Hebatnya bahang kasih yang telah kamu cipta
Menggelepar aku seperti berbaring di atas bara
Siksanya nurani yang membadai berterusan
Adakah kamu di sana juga merasakannya Tuan
Sentuh jemariku dan rangkullah aku dalam pelukan
Aku mahu terlena di hangatnya dakapan
Tuan ... terlalu aku dambakan temu
Untuk itu, haruskah aku merayu?
Waktu itu nanti aku tidak akan malu-malu untuk merenung matamu
Tanpa ada jemu ... buat melempiaskan rindu
Tuhan ... seikhlas hati aku bertanya
Adakah di kitab taqdirMu telah tertulis aku miliknya
Biar aku jadi makmumnya yang akan setia hingga ke hujung nyawa
Dan akulah ketua bidadarinya ketika kami bersemayam di singgahsana syurga
Nukilan: Si Takluk Jagat
19 Ogos 2019
No comments:
Post a Comment