Menu

Monday, 17 September 2018

JALAN SUFI


FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

JALAN SUFI


JEJAK SUFI (1)

Wahai Sang Puteri Rabiatul Adawiyah
Gusarmu pada malam yang akan pergi
Dan siang yang akan datang mengganti
Menangis merintih agar malamnya diterima
Tidak memandang yang lain selain Kekasihnya
Taatmu bukan kerana takutkan neraka
Zuhudmu bukan kerana dambakan syurga
Tapi hanya kerana cinta dan rindu padaNya
Merindukan kemuliaan wajahNya yang tersangat mulia
Kau jadikan Dia teman percakapan hatimu
Jasadmu biarlah bercengkerama dengan tulangmu
Dan tubuh kasarmu biarlah bercakap dengan insani
Tapi hanya padaNya kau tetapkan isi hati
Dialah Qiblatmu

Wahai Si Maulana Jalalludin Rumi
Kirimkanlah aku syair dan puisi
Biar aku terbang bersama Ma’nawi
Ajarkanlah aku tarian sufimu
Biar wujud aku jadi beku
Atau terbakar dalam tasbih rindu
Tempatmu tidak bertempat
Jejakmu tidak berjejak
Bahkan kau sendiri tak mengetahui dirimu
Kerana jiwa dan ragamu adalah kehidupan Kekasihmu
Di dalam cahayaNya kau belajar mencintai
Di dalam keindahanNya kau belajar menulis puisi
Meski seorang pun tak pernah melihatNya
Dia sentiasa menari di dalam hatimu
Terkadang kau pun ikut menari bersamaNya
Dan” Penglihatan Agung” itulah yang menjadi inti dari senimu

Nukilan: Si Takluk Jagat
05 September 2018

No comments:

Post a Comment