Menu

Monday, 17 September 2018

PERSIMPANGAN


FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

PERSIMPANGAN

Image may contain: sky, cloud and outdoor

PERSIMPANGAN

Tika kembara berseorangan
Aku tiba di persimpangan
Mahu ke kiri kah atau ke kanan
Berkerut keningku memikirkan

Pesona sungguh jalan ke kiri
Bersinar lembut cahaya mentari
Lirik menggoda mata Sang Puteri
Merdu berlagu si pari-pari
Bersahut-sahutan unggas menyanyi
Dingin bayu menggamit hati
Nampak senada tarian dedaunan
Riang-riang rimba berbunyi bersahutan
Berwarna-warni bunga berkembangan
Jernih air di dalam kolam
Menambah seri tarikan alam

Dan jalan yang satu lagi
Nampak begitu kusam dan kelam
Tanah tandus saujana mata memandang
Cuma pohon dan reranting kering yang kelihatan
Perit terasa bahang melanda
Tika bertiup angin dari arahnya
Rasa hawa panas membakar muka
Dalam suasana yang serba menyeksakan
Kelihatan Si Dara Sufi melangkah keseorangan
Tidak peduli apa disekelilingnya
Kerana dalam hatinya dipenuhi cinta

Jalan manakah harus aku lalui
Ke kanan atau ke kiri patut ku tujui?
Akhirnya mata aku pejamkan
Aku bertafakur di tengah persimpangan
Berbolak balik membuat pilihan hati
Andai tersilap pilihan kan makan diri
Tiada rakan untuk bertukar fikiran
Tiada teman untuk dibawa berbincang

Sendirian aku membuat keputusan

Nukilan: Si Takluk Jagat
05 September 2018

No comments:

Post a Comment