FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
DEFINISI BAHAGIA
DEFINISI BAHAGIA
Pelik ...
Memang pelik aku dengan perangai manusia
Langsung tak tahu menjaga kata
Apa tak pernah menatap cermin muka?
Atau di rumahnya cermin tiada?
Di depan cermin tataplah mata
Perhatikan muka, renungkan rupa
Kamu malaikatkah atau manusia?
Bagaikan tak pernah berbuat dosa
Berasa diri sudah sempurna?
Bercakap jangan sembarangan
Menulis biarlah disertai pemikiran
Orang lain pun ada bakat dan anugerah
Bukan semua main terjah
Pedulikan apa orang lain coretkan
Itu rasa mereka
Itu jiwa mereka
Jangan kau hina
Jangan kau cerca
Suka, baca
Tak suka, abaikan
Bukan aku tak mahu bercerita pasal sepeda
Kalau mahu boleh saja aku menghalusi pasal sependa
Boleh juga aku menulis pasal teh dan kopi
Menu yang ku makan waktu sarapan pagi
Atau mahu menunjukkan aku punya istana agam
Kelak baru mata kau akan buka pejam?
Atau gambarku mengembara ke serata benua?
Beraksi depan semua 7 benda ajaib di dunia?
Biarlah aku menulis pasal awan
Keindahan rembulan
Ketinggian kayangan
Kebesaran Tuhan
Kerana itu cara aku berkarya
Itu cara aku mensyukuri kebesaranNya
Bagiku lebih hebat lagi Sang Rembulan
Daripada Taj Mahal binaan Shah Jahan
Lebih mempesona lagi binar cahaya senja jingga
Daripada Piramid tinggalan bangsa Mesir purba
Kita manusia biarlah merendah diri
Kita hidup umpama roda kedati
Aku tak mahu hari ini aku bergambar dengan Pak Menteri
Tapi esok aku duduk dalam bilik berjeriji besi
Hari ini gambar bermain golf bersama para usahawan
Tapi hakikatnya di rumah tiada apa tinggal untuk dimakan
Bukan caraku menunjuk-nunjuk di alam maya
Mengharap balasan untuk dipuji dipuja
Bagiku semua itu bukan definisi bahagia
Kerana bahagia sebenar ada di dalam diri kita
Nukilan: Si Takluk Jagat
Kuala Lumpur
30 Ogos 2018
No comments:
Post a Comment