Menu

Monday, 17 September 2018

ERTI KEMERDEKAAN


FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

ERTI KEMERDEKAAN

No automatic alt text available.

Erti Kemerdekaan

Sesuaikah kata merdeka dilaungkan?
Tika ramai lagi warga yang masih dalam kemiskinan
Patutkah ratusan ribu ringgit dihabiskan membeli bunga api?
Pada waktu yang sama ada bapa termenung apa yang nak dimakan esok pagi
Pak Menteri ceria melaungkan kata merdeka di padang dataran
Tapi bangsaku dalam semua segi masih jauh ketinggalan
Apakah ertinya sebuah kemerdekaan?

Melayu hari ni nampak makin hilang kuasa
Ekonomi negara pula memang dari dulu dikuasai Cina
Sayu aku memikirkan akan nasib anak bangsaku
Merempat di negara sendiri yang semakin maju
Selepas 61 tahun negara merdeka
Masih lagi bangsaku belum bersedia
Menitis airmata Tun tika bercerita pasal bangsa
Hampir satu abad beliau telah mencuba dan masih mencuba
Cuma segelintir yang berani menyahut cabarannya

Kiranya aku yang termasuk dalam kelompok kecil ini
Berkerut kening memikirkan apa yang perlu dilakukan lagi
Untuk meninggikan martabat bangsa di sini
Maruah yang hilang bagaimana hendak diganti
Bukan hanya memikirkan untuk diriku seorang
Tapi turut memikirkan kesinambungan generasi mendatang
Agar anak cucuku dapat menjiwai erti kemerdekaan
Moga mereka akan mendoakan semua yang telah berjuang
Mengenangkan titik peluh mereka yang telah ditumpahkan
Dalam mengembalikan semangat kemerdekaan
Semoga ada hayatku lagi nanti tika aku berkata dengan bangga
Selamat Hari Merdeka negaraku Malaysia

Nukilan: Si Takluk Jagat
31 Ogos 2018

No comments:

Post a Comment