FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
KEMBALI KE JENANG JENDELA SENJA
KEMBALI KE JENANG JENDELA SENJA
Esok …
Aku akan kembali duduk di jenang jendela
Memerhatikan temaram senja
Walau tanpa bicara
Tanpa sapa
Kerana aku lihat warnamu makin memudar
Semakin hambar
Berserilah wahai cahaya senja
Sebarkanlah cahaya jinggamu
Ke seluruh buana
Ke seluruh jagat raya
Biar malamnya bulan kan kembali bersinar
Dan pungguk kan kembali bernyanyi
Dalam aku mencari Yang Hakiki
Aku masih merindui merdunya suara alami
Nukilan: Si Takluk Jagat
Kuala Lumpur
03 September 2018
Esok …
Aku akan kembali duduk di jenang jendela
Memerhatikan temaram senja
Walau tanpa bicara
Tanpa sapa
Kerana aku lihat warnamu makin memudar
Semakin hambar
Berserilah wahai cahaya senja
Sebarkanlah cahaya jinggamu
Ke seluruh buana
Ke seluruh jagat raya
Biar malamnya bulan kan kembali bersinar
Dan pungguk kan kembali bernyanyi
Dalam aku mencari Yang Hakiki
Aku masih merindui merdunya suara alami
Nukilan: Si Takluk Jagat
Kuala Lumpur
03 September 2018
No comments:
Post a Comment