Menu

Monday, 17 September 2018

SUNYINYA JALAN KE SYURGA


FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

SUNYINYA JALAN KE SYURGA

Image may contain: sky, nature and outdoor

SUNYINYA JALAN KE SYURGA



Rasa lemah kaki melangkah

Sendi-sendiku lenguh semua
Kudratku memang dah lama tiada
Yang berbaki cumalah asa
Pedih rasa bibirku yang merekah
Kering rasa kerongkongku yang dahaga
Keringat masih lagi mencurah-curah
Cuba menghabiskan sisa-sisa air yang ada

Huyung hayang aku berjalan
Semakin mengecil langkah kakiku
Sampai bilakah aku dapat bertahan?
Hanya Allah Yang Maha Tahu
Sudah lama aku merayu agar diturunkan hujan
Tapi Sang Mentari masih panas membara
Berkeriang keriut bunyi perutku yang kelaparan
Sunyinya jalan menuju ke syurga

Boleh saja kalau aku mahu memetik anggur yang bergayutan
Mengecap manisnya buat menghilangkan dahaga
Atau menjamah buah-buahan hutan yang kelihatan
Menghilangkan lapar dengan mengunyah isi ranumnya
Tapi apalah ada dengan manisnya anggur
Atau ranumnya buah-buahan yang cuma cantik di luaran
Berbanding minum air dari piala yang ku idam-idamkan

Suara bisikan itu sentiasa terdengar di telinga
Wahai Si Takluk Jagat
Kau dambakan air dari pialaNya
Tapi kau petik anggur liar di perjalanan
Bagi memuaskan kerongkong yang kedahagaan
Katamu kau ingin mabuk
Tapi anggur liar tidak memabukkan
Kau bilang kau mahu naik perahu tamsil
Tapi tahukah kau betapa sempit laluannya?

Biarlah aku kelaparan
Biarlah aku mati kekeringan
Kerana aku telah banyak membuang masa
Dipermain-mainkan oleh nikmat dunia
Walau ku tahu selalunya kan berakhir kecewa
Namun nafsuku masih kuat untuk mencuba
Kini aku mahu kembali teruskan melangkah
Bagi mencapai cita-cita utama

Selepas ini aku mahu berjalan sambil menutup mata
Langkah kan ku hayunkan sambil memekakkan telinga
Siapa pun yang menegur takkan ku hiraukan
Siapa pun yang menyapa takkan ku endahkan
Datanglah si pari-pari dengan pakaian menjolok mata
Hadirlah sang bidadari dengan senyum manisnya
Semuanya takkan ku pedulikan
Aku cuma mahu terus berjalan
Dan terus berjalan

Dari jauh kelihatan cahaya kilat sabung menyabung
Sayup-sayup terdengar guruh berdentum

Ya Allah, hidayatkanlah aku jalan yang lurus

Nukilan: Si Takluk Jagat
Kuala Lumpur
03 September 2018

No comments:

Post a Comment