Menu

Monday, 17 September 2018

WARNA-WARNA DUNIA


FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

WARNA-WARNA DUNIA

Image may contain: one or more people and close-up

WARNA-WARNA DUNIA

Aku musafir hina
Tiada kekasih tiada saudara
Berjalan sendirian tiada berteman
Pergi merantau di negeri orang
Rela ku tinggalkan ibu dan bapa
Dalam kembara mencari warna
Basah pipi ibu tika merelakan
Tapi tak sampai hatinya mahu menghalang
Cuma sempat ibu berpesan
Jagalah diri di rantau orang

Dalam perantauan sebatang kara
Sentiasa teringatkan keluarga tercinta
Hati rawan melayan rindu
Jiwa yang aman terkadang sayu
Buat melayan hati yang derita
Semuanya aku tegur segalanya aku sapa
Pada angin dan awan ku berikan salam
Juga pada reranting dan akar berjuntaian
Ku berkenalan juga dengan bulan dan kejora
Langit senja juga ku anggap saudara
Tak kira muda tak kira tua
Tak memandang pangkat tak memilih bangsa

Dengan Bismillah ku mulakan perjalanan
Dan juga zikrullah sentiasa jadi peneman
Keramat kasih sayang dan restu ibu
Berkat dan makbul segala doamu
Ramai juga yang mahu mendekati
Dan sudah ada yang menganggapku sahabat sejati
Tapi ada juga yang memalingkan muka
Mungkin menganggap aku tidak setaraf dengannya
Tapi aku langsung tak berkecil hati
Begitulah lumrah hidup duniawi
Sifat-sifat begitulah yang menceriakan dunia
Dari situlah aku belajar membezakan warna

Sambil tersenyum aku berbisik pada diriku
Aku cuma mahu belajar tentang warna
Aku cuma seorang musafir yang hina

Nukilan: Si Takluk Jagat
Kuala Lumpur
02 September 2018

No comments:

Post a Comment