Menu

Monday, 17 September 2018

RAJUK SANG JINGGA


FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

RAJUK SANG JINGGA

Image may contain: sky, tree, night, twilight, ocean, outdoor and nature

RAJUK SANG JINGGA

Wahai Sang Senja ...
Ke manakah kau menghilang?
Digantikan dengan gerimis yang turunnya petang
Telah sirna semua warna jingga
Yang kelihatan cuma kusamnya senja
Adakah kau merajuk hati?
Hingga kau menyepikan diri
Adakah si awan salah menyampaikan berita?
Hingga buat kau menjeruk rasa

Salahkah aku yang telah menyapa si awan?
Berdosakah aku yang cuma menghulurkan salam perkenalan?
Niatku cuma mahukan bantuan si awan
Itu pun kalau usulku diperkenankan
Untuk menggenggam sedikit seri putihnya itu
Untuk aku jadikan aksara karyaku
Buat menjahit bait-bait puisiku
Kerana aku cuma mahu belajar menari
Kerana aku cuma mahu belajar berpuisi

Bukankah kau dan awan bersaudara?
Yang datang dari cinta yang sama?
Bukankah kau berdua mempunyai persamaan?
Kerana keduanya akan hilang waktu kelam malam
Bukankah senja dan awan gandingan yang sempurna?
Kerana andai salah satunya tiada
Akan hilanglah pesona senja
Akan pudarlah warnanya jingga

Andai puisiku buat kau terasa
Andai sapaku buat kau kecewa
Biarlah aku berhenti berkarya pasal cinta
Biarlah aku berpuisi pada hatiku sahaja
Kerana andainya kau terus begini
Sekelian alam kan turut meratapi
Malam kan berhenti menyanyi
Rembulan juga kan kehilangan seri
Kesunyian aku hingga ke pagi

Nukilan: Si Takluk Jagat
01 September 2018

No comments:

Post a Comment