Menu

Monday, 17 September 2018

ELANG INSPIRASIKU


PUISI SI TAKLUK JAGAT

ELANG INSPIRASIKU

Image may contain: bird

ELANG INSPIRASIKU

Dik ...
Jangan dipanggil helang di angkasa
Biarkan dia terbang dengan impiannya
Nyanyian jiwa takkan melemahkan sayapnya
Puisi cinta takkan menjinakkan mata garangnya
Kerana dia terbang bersama Masnawi
Dia cuba meneliti rahsia alami
Dia sedang mencari cinta Hakiki

Tapi Dik ...
Kuasa Allah swt siapa yang tahu
Mungkin Gurun Sahara kan turun salju
Elang juga punya hati
Elang juga punya perasaan
Dia juga punya mimpi
Dia juga tak boleh sentiasa terbang di awangan
Sampai masa kan turun jua ke bumi
Tiba masa kan terbang jua mencari dahan

Tika itu ...
Usaplah bulunya perlahan-lahan
Belailah kepalanya dengan kasih sayang
Biar dia tahu bagaimana rasanya dimanja
Kelak dia ketahui bagaimana rasanya dicinta
Kasihan dia yang selalu terbang keseorangan
Tiap waktu dia cuma ditemani kesunyian
Sedangkan Adam di syurga pun pengenkan teman

Moga nanti dia kan nampak mata indahmu
Agar nanti dia akan merasa gelora rindumu
Pasti nanti Elang kan jadi sahabat setiamu
Harap nanti dia akan membalas cintamu

Moga kau kan hidup bahagia bersama Sang Elang yang kau puja
Abadi
Selamanya

Nukilan: Si Takluk Jagat
09 September 2018

No comments:

Post a Comment