FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
CINTA ITU PERNAH HADIR
CINTA ITU PERNAH HADIR
Adikku ...
Mari ke sini sayang
Datang dekat denganku
Aku mahu bercerita
Cerita tentang cinta
Indah nian cinta itu dik
Segalanya kan terlihat cantik
Geselan bambu seperti petikan kecapi
Angin yang menghembus beraroma wangi
Bunga-bunga mekar dengan pelbagai rona
Bahkan pohonan mati akan nampak berbunga
Mentari kan memandangmu dengan tersenyum
Pelangi kan kelihatan mengintai di sebalik gunung
Senja yang jingga nampak begitu mengasyikkan
Gemalai langkah puteri menari di atas kayangan
Purnama yang mengambang akan kamu tunggu-tunggu
Nyanyian pungguk akan terdengar sungguh merdu
Adikku ...
Percayalah, aku tidak bercanda
Kerana di hati ini pernah hadir yang namanya cinta
Nukilan: Si Takluk Jagat
02 November 2018

No comments:
Post a Comment