FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
MAHAR CINTA
MAHAR CINTA
Di sini aku kembali melamun sendiri
Memerhati bahtera cinta belayar pergi
Sayunya mata itu yang sedang memandang
Layu berkaca dengan airmata berlinangan
Mahalnya mahar cinta yang kamu pinta
Jambatan emas yang menghubungkan dua benua
Aku cuma mampu melambaikan tangan
Pada cinta yang singgah bertandang
Aku cuba bertahan pada zahirnya
Tapi batinku kuat meronta-ronta
Dalam hatiku tertanya-tanya
Mampukah aku hidup dengan rindu yang ditinggalkannya
Mata itu ...
Mana mungkin aku dapat melupakan
Kerana hatiku telah dia tawan
Meringkuk aku terkurung dalam sangkar rindu
Kembali bertemankan sepi kenangan lalu
Menyanyi sendiri bila mata itu datang menyapa
Menangis pilu bila rindu menghimpit dada
Nukilan: Si Takluk Jagat
01 November 2018
No comments:
Post a Comment