Menu

Monday, 5 November 2018

KEMBARA JAUH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA


FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

KEMBARA JAUH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA

Image may contain: ocean and text

KEMBARA JAUH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA

Duhai adinda ...
Di mana harus aku mulakan bicara?
Buat memecah segala tanda tanya
Yang terusan bersarang jadi prasangka
Tentang musafir ini yang cuma mengejar cinta

Memang nampaknya aku gila mendamba cinta fana
Kerana syair-syairku menceritakan sebegitu rupa
Tapi jangan cuma melihat dengan netra jasmani
Renungkanlah juga dengan pandangan ruhani

Ingatlah, madah pujangga juga ada mengatakan
Langkah pertama itu permulaan kembara berpanjangan
Harus bagaimana aku dapatkan cinta Yang Esa?
Andai mencintai makhluknya juga aku tak bisa

Percayalah, aku sungguh bahagia begini
Menuang segala rasa rinduku dalam puisi
Kerana aku yakin dan aku percaya
Cinta abadiNya pasti akan menggamitku juga

Tika itu nanti aku tidak berani berjanji
Mampukah lagi untuk aku terus berpuisi
Kerana andai sebesar debu pun cintaNya dikurniakan
Pasti kan tenggelam aku dalam cahaya bergemerlapan

Ya Illahi Rabbi ...
Tunjukkanlah aku jalan cinta sejati

Nukilan: Si Takluk Jagat
27 Oktober 2018

No comments:

Post a Comment