FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
LANTERA ANGKASA ASHMA
(Balasan Puisi Jiya Ashma)
Allah mennyayangi makhluknya dengan cara berbeda beda....
Lihatlah....diutusNYA kekasih kekasih langit tuk warnai suramnya ashmaku
Hmmmm
Di persada haty tertulis rapi ungkapan hati dengan bait liriknya
Hiasi hariku penuh polahnya
Sekelemit hati bawa rindu gelagatnya
Juga pemberontakan sang angkara
Sumpah serapah keji rejam
bangkitkan amarah penduka shani
ikut aku dalam bara kesumatnya
Haaaakh....
Hela nafas dulu....
Ketenangan disini....dari riuh redam dunia kau bawa aku masuk dan perkenalkan abadi tunjukkan jln terang....masih d gilang gilang tasbihku tak sanggup takbirkan asmamu
Haa haa haa
Haruskah kupuji dirimu sebagaimana kau tonggakkan aku naik melangit mengangkasa....
Kau raih tanganku tepis keraguan rangkul aku pastikan jalan....kau bukakan kembali pintu2 hilang kemarin hingga kutau jalan pulang kembali ke rumah ....
Kau ajarkan ku santun dan cara bersembunyi....
Pyar Ishq aur Mohabbat
Siapa yg tau kisahnya
Rabne bana di Jodi....
Biarlah menunggu,mungkin
Hole hole ho jayega pyar chaliyai
EK ladka ek ladki Kabhi dost Nahin saktha....
So...what suppose to do when a girl meet a boy....
Sayed....ho jayega pyar....
Tidak....
Semailah benih cinta keseluruh jagat
Kekasih kekasih langitku
Meine duwa mango
Hamara rishta kabhi chore nahin saktha
Hamesha bhi sath sath hai...
Darimu terlahir
Jiya zaara ashma
FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
LANTERA ANGKASA ASHMA
(Balasan Puisi Jiya Ashma)
Aku menjinjing lantera yang terang bercahaya
Buat mewarnai suramnya angkasa Ashma
Hangatnya lantera itu akan membantumu
Mencairkan hatimu yang telah lama membeku
Harap bias cahayanya nanti bisa menerangi
Untuk kamu memilih pintu mana yang harus dimasuki
Cuma nasihatku … berhati-hatilah dengan pilihan
Kerana itu bakal menentukan hala tujuan di masa hadapan
Haaaakh …
Mahu hela nafasku juga ach, mencari ketenangan hati
Sahabat …
Bukan aku yang menonggakkan kamu naik ke angkasa
Bahkan kamu sememangnya sudah pun berada di sana
Aku cuma menolongmu untuk membuka pintu
Kerana kamu menguncikan diri di penjaramu
Keluarlah wahai Sang Puteri …
Tahukah kamu angkasaraya sedang ternanti-nanti?
Dan seisi bumi sedang terlalu merindui
Suara nyanyianmu mendendangkan lagu-lagu puisi
Irama petikan kecapimu yang merdu tika mengiringi
Selepas itu biarlah aku cuma jadi pemerhati
Dari seberang lautan aku akan menghayati kamu berperi
Aku pasti bahagia melihat Jiya Zaara Ashma menari riang
Bersama tiga lagi kekasih langitmu yang kamu sayang
Lantera itu nanti aku hadiahkan padamu
Biar hatimu tidak lagi membeku
Aku akan kembali teruskan kembara
Tanpa cahaya tidak mengapa, aku sudah terbiasa berjalan dalam gelita
Nukilan: Si Takluk Jagat
29 November 2018
No comments:
Post a Comment