Menu

Friday, 16 November 2018

LELAKI MALAM


FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

LELAKI MALAM

Image may contain: cloud and sky

LELAKI MALAM 

Setiap malam lelaki itu begitu setia berdiri di sana
Mendongak ke angkasa sambil menyanyikan lagu-lagu merdu
Bersenandung sendiri, cuba membujuk hati yang merindu
Tak pernah lelah, tidak pernah berputus asa

Begitu asyik merenung cahaya bulan purnama
Sambil tangannya menulis bait-bait puisi sendu
Kerana dia melihat wajah kekasihnya ada di situ
Dan dia percaya kekasihnya dapat membacanya

Di siang hari bertentang mata dengan sinar sang suria
Marah, kerana terangnya mentari menghilangkan si purnama
Dan hilangnya purnama bermaksud wajah kekasihnya turut sirna

Lelaki malam itu bukannya pujangga
Cuma dihatinya sedang mekar bebunga cinta
Dan aroma melati itu terlalu wangi, hingga hampir membuatnya gila

Nukilan: Si Takluk Jagat
12 November 2018

# Coba Genre: SONETA - ABBA ABBA AAA AAA

No comments:

Post a Comment