FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
MERPATI DAN KECAPI
MERPATI DAN KECAPI
Irama petikan kecapi
Mendayu memecah sunyi
Tenunan aksara puisi
Merayu menggamit hati
Gerangan siapakah itu?
Yang sedang memetik kecapi
Bergetar rasa dadaku
Meronta mahu menari
Puterikah itu atau sang dewi?
Sopan duduk bersimpuh
Jemari lembut menari
Terlihat dari jauh
Ingin aku menghampiri
Bimbang dia akan pergi
Kerana layaknya si merpati
Akan lari bila didekati
Biarlah cuma dari sini
Lelaki ini jadi pemerhati
Menikmati irama kecapi
Menghayati keindahan alami
Cuma aku sangsi
Mengapa iramanya menghiba?
Bagaikan sedang menangisi
Kekasih yang telah tiada
13 November 2018
No comments:
Post a Comment