Menu

Monday, 5 November 2018

MAAFKAN AKU MENJAUH


FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

MAAFKAN AKU MENJAUH

Image may contain: night and outdoor

MAAFKAN AKU MENJAUH

Khabar apakah kamu di sana?
Lama sudah tidak mendengar berita
Meskipun telah beberapa ketika tidak bertamu
Namun namamu selalu ku sebut dalam doaku

Maafkan aku kiranya aku menjauh
Biduk rinduku ini masih belum mahu berlabuh
Mencari-cari dermaga yang sanggup menerima
Muatan cintaku ini yang sebesar dunia

Andai aku gagahkan juga hati ini untuk mencintai
Aku bimbang kaki ini takkan mampu melangkah lagi
Meski pun kamu membawa cinta sebesar gunung
Masih tak sama saratnya beban rindu yang ku tanggung

Aku pasti akan tetap merindukanmu
Kerana bayang wajahmu telah terpahat di ingatanku
Biarlah aku cuma bertemumu di dalam mimpi
Akan ku kucup dahimu di sana nanti
Sebagai bukti cinta yang sejati

Aduhai Si Takluk Jagat ... 
Kukuh sekali pintu yang kamu kunci

Nukilan: Si Takluk Jagat
29 Oktober 2018

No comments:

Post a Comment