Menu

Monday, 5 November 2018

AWAN, AKU DATANG


FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

AWAN, AKU DATANG

Image may contain: sky and bird

AWAN, AKU DATANG

Rangkap syairku beku
Bait-bait puisiku kaku
Rentak tariku sumbang
Langkah pencakku hilang

Rinduku hendak bercerita
Adakah sesiapa yang sudi mendengarnya?
Elang ini mahu terbang tinggi
Tapi rantai cinta memasung kaki

Tenangnya hati memandang ke langit yang biru
Lihatlah gumpalan awan itu yang seputih salju
Sedari mula aku ingin mencapai awan di atas sana
Akan ku jahit putihnya untuk dijadikan aksara

Tapi hijau belantara juga memukau netra
Saujana mata memandang dan mendamaikan jiwa
Flora yang pelbagai warna menambahkan seri
Kicau nyanyian fauna semerdu seruling bidadari

Aku bulatkan tekad di dalam qalbu
Pasti akan ku tawan langit yang biru
Sesekali aku akan singgah di dahan belantara
Biar aku tak lupa mulanya aku dari sana

Dengan lafaz Bismillah sang helang kembali melebarkan sayapnya

Nukilan: Si Takluk Jagat
29 Oktober 2018

No comments:

Post a Comment