FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
MAAFKAN AKU
MAAFKAN AKU
Dgn nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tiada bezanya perindu atau pendamba
Kedua-duanya sama, gigih menggalas derita
Dalam berdepan lautan yang penuh ribut dan taufan
Akan tetap kukuh si karang ini dipertahankan
Meski ombak dan badai menghentam tanpa henti
Bidukku ini akan tetap juga memudiki
Bulir netraku tidak mahu aku seka
Biarlah ia tumpah selagi adanya
Aku mahu angin dan gerimis turut merasai
Betapa beratnya sengsara rindu yang aku deritai
Wajah itu yang selalu hadir dalam mimpi
Sesaat pun tidak pernah dapat aku lupai
Berjanji bertemu di sempadan dunia
Di titik akhir perjalanan si pengembara
Maafkanlah aku wahai bidadari yang menanti
Aku tahu di hatimu penuh dengan kuntuman melati
Yang menunggu disunting untuk dijadikan bait-bait puisi
Bukannya aku tidak mahu disayangi dan di cinta
Tapi rasa rindu ini bagaimanakah dapat didusta?
Qada' dan QadarNya, siapa yang dapat menghalangnya?
Nukilan: Si Takluk Jagat
11 November 2018
No comments:
Post a Comment