Menu

Tuesday, 27 November 2018

MENYANYILAH NURIKU


FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

MENYANYILAH NURIKU

Image may contain: sky, bird, outdoor and text

MENYANYILAH NURIKU


Nuriku ...
Khabar apa kamu di sana?
Sudah lama tidak mendengar berita
Mengapa aksara syairmu semakin kusam
Malahan cahaya jinggamu juga semakin kelam

Begitu merdunya dahulu kamu berlagu
Gemersik suaramu bak irama buluh perindu
Tapi kicaumu kini tidak lagi ku dengari
Memendam rasakah kamu wahai si nuri?

Meskipun begitu tinggi elang ini terbang di awangan
Namun suara nyanyianmu tetap aku rindukan
Lirik netra itu yang terlalu mempesona
Mulus senyum itu selalu terbayang di ruang mata

Menyanyilah kembali wahai si nuri
Biar siulan merdumu sentiasa bergema di hati
Jauh lagi si elang ini mahu berkelana
Dalam kembara mencari sebenar-benar cinta

Moga nyanyianmu itu kan kembali kedengaran
Agar si elang ini tidak lagi berasa keseorangan
Suatu hari nanti kita akan kembali duduk berdua
Sama berkongsi kopi sambil menatap temaramnya senja

Nukilan: Si Takluk Jagat
16 November 2018

No comments:

Post a Comment