AKU MAHU BERCINTA LAGI
Sahabat ...
Pernahkah kamu merasakan sengsara cinta?
Meratap hingga tiada lagi airmata yang tersisa
Melihat apa yang dicintai dibawa pergi
Dan kamu hanya mampu menangis di dalam hati
Waktu itu alam ini terlihat begitu hambar
Yang dahulunya manis kini semuanya menjadi tawar
Aku sampai merasakan tidak ingin lagi hidup di dunia
Kerana menyangka taqdirku selalu dicoretkan derita
Hinggalah satu masa aku diberikan ilham
Melihat cekalnya tetumbuhan dalam menyerikan alam
Walau berkali-kali dahannya dipatahkan dan ditebang
Akan senantiasa tumbuh tunas muda yang menggantikan
Dari tunas-tunas itu akan terbentuklah dahanan
Dan kudup-kudup pun muncul di celah dedaunan
Akhirnya akan berkembang menjadi kuntuman melati
Yang keindahannya selalu diceritakan dalam syair dan puisi
Begitulah caranya alam mengajar kita
Pada insan yang beriman akan kebesaranNya
Sekarang aku tidak mahu menangis lagi
Hatiku telah kembali terbuka untuk merasa dicintai
Nukilan: Si Takluk Jagat
27 Disember 2018

No comments:
Post a Comment