Menu

Monday, 31 December 2018

CAMAR DAN OMBAK




Image may contain: bird, ocean, text, outdoor and water

CAMAR DAN OMBAK

Di dermaga ini biduk cintaku terhenti
Dan labuhan ini seperti yang pernah hadir di dalam mimpi
Bisikkan padaku ...
Di sinikah patut aku berlabuh?
Di sinikah harus aku melepaskan sauh?

Aahhhh ... kuatnya dermaga ini menebar aroma cinta
Tenang, damai dan sungguh mententeramkan jiwa
Sepasang camar berterbangan meraikan ketibaan
Hempasan ombak bagai mengucapkan selamat datang

Ombak ...
Khabar apakah anginku?
Masihkah dia merindu?
Aku ingin sekali menatap redup matanya
Dan aku mahu mendengarkannya mengucapkan kalimah cinta

Camar ...
Kamu kata saban petang anginku selalu ke mari
Duduk bersendiri ... begitu setia dia menanti
Terbanglah ... khabarkan padanya
Aku sudah tiba di sini, menantikan hadirnya

Aku tidak mahu lagi derita
Aku tidak mahu lagi sengsara
Biarlah aku lempiaskan rinduku ini
Pada Si Puteri ... yang sepenuh hati ... merindui dan mencintai

Nukilan: Si Takluk Jagat
25 Disember 2018

No comments:

Post a Comment