Menu

Tuesday, 11 December 2018

BAHASA CINTA



FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT


BAHASA CINTA


Image may contain: 1 person, standing, cloud, sky, text, outdoor and nature

BAHASA CINTA


Andainya aku tahu bahasa awan
Aku akan duduk di tengah sawah bendang
Memerhatikan awan melukis bentuk di angkasa

Andainya aku tahu bahasa hujan
Aku sanggup berdiri di lebatnya menderu
Biar kisahnya langsung dibisik ke hatiku

Andainya aku tahu bahasa lautan
Aku mahu tenggelam di ganasnya gelombang
Agar aku boleh berteman bersama karang

Andainya aku tahu bahasa hati
Aku akan memejam mataku dan dengar dia bercerita
Biar aku tahu bagaimana mahu memujuknya

Andainya aku tahu bahasa Tuhan
Pasti aku bersujud dengan linangan airmata
Cuma melihat Dia, tiada yang lain selainNya

Syukurlah aku tahu bahasa cinta
Dan aku cuma perlu membaca syair-syairmu
Kerana aku tahu ianya tertuju untukku

Nukilan: Si Takluk Jagat
04 Disember 2018

No comments:

Post a Comment