FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
BINGKISAN HATI
BINGKISAN HATI
Selamat pagi Tuan!
Ada kiriman bingkisan
Sampul bertanda 'CINTA'
Dari seberang benua
'Penghantar' berlalu pergi
Aku termenung sendiri
Apa isi dalamnya?
Kuat naluri meronta
Pembalut luar ku buka
Aroma voilces menerpa
Melaju detak nadiku
Terbayang si darah biru
Tahu apa di dalamnya?
Sekeping hati membara
Ku temu secebis nota
Diselip sekuntum seroja
"-Wahai Sang Kelana ...
Simpanlah hatiku ini
Sebagai bukti cinta setia
Bai'at cinta sempurna-"
Aku menarik nafas panjang
Bayu rindu bertiup kencang
Apakah khabarmu di sana?
Aku juga sedang sengsara
Ku capai hati yang merah
Rindu makin menambah
Biar sama bermimpi
Berdua seiring bernyanyi
Nukilan: Si Takluk Jagat
03 Disember 2018
No comments:
Post a Comment