FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
DIA MAHA PERANCANG
Siksanya rasa bila berjauhan
Meruntun hati bila melihat pasangan lain berpegangan tangan
Bahagianya mereka makan berdua, sama tertawa
Di sini aku sendiri, cuma melayani halwa mata
Suriku ...
Khabar apakah kamu di sana?
Moga sentiasa di dalam kurnia rahmatNya
Aku tahu kamu juga sedang merindu
Aku tahu kamu juga sedang memikirkanku
Beginilah permainan dunia
Kita sentiasa terikat dengan Qada' dan Qadarnya
Tiada upaya kita mahu menghalang
Semua itu ketentuanNya, taqdir Yang Maha Penyayang
🎼 Berjumpa dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semogalah kelak kita jumpa di suatu masa 🎼
Bersabarlah dik ... Dia sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita
Nukilan: Si Takluk Jagat
22 Disember 2018
— with Hani DewiCinta.

No comments:
Post a Comment