Menu

Monday, 31 December 2018

ANGKASA, SIAPA KAMU?




Image may contain: night and text

ANGKASA, SIAPA KAMU?

Angkasa ...
Selama ini kamu tidak pernah berbicara
Dan aku juga tidak pernah menyapa
Tapi kini aku mulai tertanya-tanya
Siapakah kamu yang sebenarnya?

Menangis aku dalam merangkai kekata
Kerana menyedari betapa diri ini alpa
Betapa diri ini lupa
Betapa diri ini hina

Aku menyangka aku mampu menongkat langit
Aku rasa aku berkuasa memahat taqdir
Aku fikir aku sendiri yang menulis kembaraku
Tapi sebenarnya aku terlena
Sebenarnya aku terleka
Akan wujudnya Aku dalam aku
Dan wujudnya Dia dalam aku

Angkasa ...
Kamu menegur aku tanpa bicara
Kamu menyadarkan aku tanpa kata-kata
Memukul kepalaku dalam seloka
Merobek hatiku dalam canda

Ya Rabbul Jalil ... bersaksilah bahawa sesungguhnya aku beriman dengan Qada' dan QadarMu

Nukilan: Si Takluk Jagat
21 Disember 2018

No comments:

Post a Comment