Menu

Monday, 31 December 2018

MENDEKATLAH WAHAI SRIKANDI


FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

MENDEKATLAH WAHAI SRIKANDI

Image may contain: 1 person, text

MENDEKATLAH WAHAI SRIKANDI 

Siapakah gerangannya itu yang sedang memerhati?
Mengintai dari kejauhan sambil menyembunyikan diri
Meski jasad mu itu tidak pernah kelihatan
Walau wujudmu berselindung di balik dedaunan
Tapi hadirmu dibisikkan oleh bayu
Dan degup jantungmu dapat terdengar di telingaku

Hebatnya gelora rasa yang kamu pendam
Kuatnya hatimu menahan amukan rindu dendam
Bukan aroma burahol yang bertiup ini
Bukan juga haruman voilces mandian Sang Puteri
Tapi semerbak baunya memetik pesona
Hangatnya aura cinta itu yang datang menerpa

Ayuhlah mendekat ke sini wahai Srikandi
Marilah bertentang mata dengan Si Kelana ini
Aku mahu dengar kamu berpuisi
Aku juga ingin tahu jika kamu boleh menyanyi
Tuangkan segala rasa itu dalam aksara
Rungkaikan segala rahsia itu dalam bait-baitnya

Biar ombak berhenti membadai
Biar kejora tambah bersinar

Nukilan: Si Takluk Jagat
14 Disember 2018

No comments:

Post a Comment