Menu

Monday, 31 December 2018

SI ELANG INI MELEPAS LELAH (Balasan Puisi Jiya Ashma)


FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

(Puisi Jiya Ashma)

Image may contain: text

Jiwaku tak tenang walau hati terkunci
buai ayunku gemikan sunyi
Ada sesuatu terjadi disini
Usik jaga beserta mimpi

Bangkitku dari lena malamku
Memerhati elang sigap menyayap
Ku tahu ia tantikan temu
sayup netranya mencari geliyap

Haaakh... kekasih langitku
Resahmu terdengar menggemuruhku
lantunmu tiada lagi merdu
Tunggu sebentar ku bersiap dulu

Kusalinkan sutra berganti baja
tidak untuk berangkat perang
Bersama cinta jiwa ksatria
Temanimu turut berpetualang

Tlah lama jua raga bersemayam
Rindu pula bersembang di bangku usang
Sambil meneroka bisik malam yang kelam
Tuk berdendang di jiwa kerontang

Kubukan berasal dari candi bermegah Istana
Hanya singgasana di balik nirwana
Semayapada aku berpujangga
Turunku dari ashma dalam gelam dekap yang lena

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

SI ELANG INI MELEPAS LELAH

(Balasan Puisi Jiya Ashma)


Maafkan aku duhai adikku
Andai kibasan sayap elang ini mengganggu mimpimu
Bukan maksudku untuk menyentap lena
Cuma mahu melepas lelah setelah lama mengangkasa

Di sini aku menanti
Di bangku usang sediaanmu yang kita pernah duduk sama berpuisi
Aku ingat dahulu di meja ini aku pernah memahat aksara
Dan aku lihat syairku itu masih lagi ada di sana

Khabar apa kekasih-kekasih langitmu yang setia?
Sampaikan salamku pada mereka, meski tidak pernah bersua muka
Tapi mengapa aku lihat bangku ini semakin usang?
Sudah lamakah mereka tidak datang bertandang?

Pasti mereka sibuk dengan urusan duta
Emang, dunia ini banyak membutakan mata kita
Tapi jangan bimbang wahai adikku
InsyaAllah, aku akan kerap ke sini nanti buat memahat syair-syair baru

Tak perlu bersiap-siap wahai Si Putri ayu
Sarungkan saja baja yang sama semasa aku ketemumu dulu
Marilah menemaniku di bangku ini untuk sama-sama memahat aksara
Aku mahu berehat sebentar di sini sebelum aku kembali meneroka angkasa

Sementara itu, biar aku membantumu berhadapan dengan Ratu Biru itu
Si Penguasa Samudera yang sentiasa mahukan jiwa dan ragamu
Khabarnya Si Ratu itu tidak pernah dimamah usia
Aku juga mahu lihat bagaimanakah jelitanya dia ... adakah seanggun seperti yang diceritakan sang penglipurlara?

Nukilan: Si Takluk Jagat
14 Disember 2018

No comments:

Post a Comment