FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
PESONA ANGKASA
PESONA ANGKASA
Kamu tidak tahu siapa diri ini
Dan kamu takkan pernah mengerti hati ini
Harus bagaimana kamu bisa tahu?
Kalau aku sendiri pun sukar mengertikan hatiku
Elang ini sedang berkelana
Terbang tinggi di angkasa Nusantara
Memerhati setiap dewi dan segala puteri
Mencari sosok yang bersesuaian di hati
Untuk dijadikan teman seiring berterbangan
Sama berpuisi di sepanjang kembaraan
Kamu harus ingat wahai puteri elangku
Untuk menakluk angkasa bukan semudah sangkamu
Tingginya angkasa itu takkan pernah terduga
Dan cabarannya akan benar-benar menduga setia
Tiada tempat persinggahan di tengah perjalanan
Bahkan awan pun tidak mahu menumpangkan
Dapatkah kamu bayangkan nanti wahai Sang Puteri?
Saatnya kita berjaya tiba ke langit yang tinggi
Melihat rerumput cakerawala dan bebatuan mayapada yang sungguh mengasyikkan
Yang pesonanya tidak akan bisa kamu temui di atas bumi meskipun di dalam lautan
Akan ku lukiskan wajah manismu nanti di tirai mayapada
Biar seluruh cakerawala tahu ... sebesar mana cinta yang ku bawa ini dalam meneroka angkasa
Wahai Dewi ... wahai Puteri ... siapakah yang sanggup menemani?
Nukilan: Si Takluk Jagat
13 Disember 2018
No comments:
Post a Comment