FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
(Balasan Puisi Dihati Abadi Terpatri)
TOREHAN TINTA HITAM WARNA
Goresan pena aksara jiwa
Dalam canda sapa saudara
Bualan malam celoteh gila
Otak miring dalam kepala
Menulis madah ungkap minda
Bukan tuah sebatas seloka
Sang kembara ditaman indraloka
Salam hormatku untuk kanda
Dinisan makam duduk bersila
Salam damai untukmu disana
Salam kangen kak Rikka
Salam rindu kak Dewi Aurora
Salam sayang mbak Woelan Edris tercinta
Untuk adikku Nada Rabbani salam canda
Dengan kak Ary Arsida sering tertawa
Suka-suka berceloteh ria
Jangan cembaru yang tak kulafaz nama
Salam aksara satu jiwa
Untuk semua salam sapa
Dalam lafaz do'a sejahtera
Diantara yang waras kepala
Mungkin aku yang paling gila
Tapi disaat yang lain menggila
Aku tetap waras mengontrol logika
Hahaha...
By: D't
FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
DIHATI ABADI TERPATRI
(Balasan Puisi Dihati Abadi Terpatri)
D.. arah gila siapa yang kamu warisi?
I... ngin juga aku mengetahui
H.. antukah atau saka yang mendampingi?
A.. tau kamu mendapatnya dari seberang negeri?
T.. ika menghuni rumah sakit di sini
I... ya, hujung tahun lalu kan di sana kamu ditempati?
A.. hhh, kasihan kamu Dihati Abadi Terpatri
B.. elum pun usia 40 kamu udah jadi begini
A.. ku turut bersedih, turut bersimpati
D.. i sini biar aku melorekkan aksara puisi
I... zinkan aku meluahkan suara hati
T.. eman ... bakatmu memang tidak tersaingi
E.. xpresi syairmu sebagai cermin jati diri
R.. Rikka ... jangan bimbang, adikmu itu masih waras lagi
P.. antasnya dia cuma mahu kita tersenyum menampakkan gigi
A.. Ary Arsida ... walau puisinya terlihat gila sekali
T.. api dia tetap saudaraku yang aku kasihi
R.. asa itu kuat mengikat walau dia tidak pernah aku temui
I... nsyaAllah, moga kekal bersaudara hingga ke sana nanti
Hihihi ...
Nukilan: Si Takluk Jagat
23 Januari 2019
No comments:
Post a Comment