Menu

Sunday, 6 January 2019

#STJ2019_007 - SI MATA BIRU

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

Image may contain: cat and text
SI MATA BIRU


Lihatlah itu sayu matanya
Minta dibelai minta dimanja

Hati yang mana tidak tertambat
Terhibur netra melihat gelagat

Putih berseri gebu bulunya
Biru Sapphire kilau matanya
Ngeow kecilnya terdengar merdu
Gesel mesranya meruntun qalbu

Tapi mengapa ada insan yang tak berperasaan
Kurang kasih sayangkah atau tiada beriman?
Hingga tergamak memotong tangan dan kaki
Kononnya si manja itu telah mencuri

Sanggup tubuh tak berdosa itu disepak dan diterajang
Hanya kerana membawa lari seekor ikan
Kemanakah dibuang sifat perikemanusiaan?
Dia hanya mahu mengisi perut yang kelaparan

Tiada siapa lagi yang dapat menyanggah
Sesungguhnya jiwa mungil ltu kesayangan Rasulullah
Andai mahu syafa'at Baginda nanti di Mahsyar
Sayangilah ia, jangan dibiar

Nukilan: Si Takluk Jagat
06 Januari 2019


No comments:

Post a Comment