FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
QIAMAT PASTI TIBA
Bumi ini sudah terlalu tua
Berapa lama lagikah dia dapat bertahan?
Ajalnya pasti akan menjelang tiba
Cuma bilakah waktunya tak siapa boleh menjangkakan
Bumi ini menunggu kehancurannya
Beruntunglah sesiapa yang selalu diperingatkan
Cepat atau lambat masanya akan sampai jua
Sudah siapkah kita sahabat, memerhatikan detik kehancuran?
Qiamat itu tentu akan tiba
Kerosakan pasti terjadi seperti yang difirmankan
Tiada upaya kita untuk menghentikannya
Kerana semua itu memang sudah dituliskan
Berapa banyak lagikah masa yang kita ada?
Sebelum sampai pada detik yang ditetapkan
Bersediakah kita untuk menghadapinya?
Terbayang gerunnya ketika melihat semuanya berantakan
Tidak dihiraukan lagi saudara mara
Hanya diri masing-masing yang difikirkan
Hilang teman-teman tiada lagi ibubapa
Tika itu tak dapat dibezakan lagi daratan atau lautan
Wahai rakan-rakan dan sahabat semua
Bencana yang banyak terjadi kini hanya teguran
Ingatlah saudari dan ingatlah saudara
Dalam berpuisi, kita selitkan juga nasihat dan teguran
Nukilan: Si Takluk Jagat
6 Januari 2019
No comments:
Post a Comment