FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
UCAPKANLAH, AKU PENDENGAR YANG SETIA
Dik ...
Kenapa kamu terus merenungku begitu?
Sedang berkata-kata apakah di dalam hatimu?
Di redup tatap netra itu terlihatnya harapan
Di cembung retina indah itu terbayangkan impian
Mengapa tidak kamu luahkan sahaja?
Akan segala tanda tanya yang bermain di minda
Di sini aku setia menunggu, sedia mendengarkan
Pada sebarang pertanyaan yang kamu dambakan jawapan
Hiruk pikuk kota di sekelilingku kini terdengar sepi
Cuma muzik perlahan yang mengalun mengiringi
Tidak senada dengan degup jantungku yang kian melaju
Setiap kali pandanganku bertemu dengan renunganmu
Di sini cuma kita berdua sahaja dik
Tiada siapa mendengarnya selain dari Yang Esa
Kiranya ada yang mengganggu di dalam hati
Ucapkanlah dik, biar terang jalan yang akan dilalui
Dik ...
Aku mahu menghayati setiap patah tuturmu
Dan aku mahu memahami sebarang lenggok tubuhmu
Kerana dalam diam aku tertanya-tanya pada diri
Di sinikah akan berakhirnya kembara si elang ini?
Nukilan: Si Takluk Jagat
12 Januari 2019
No comments:
Post a Comment