Menu

Friday, 18 January 2019

#STJ2019_018 - DIK, NAH SELENDANGMU (Balasan Puisi Jiya Ashma)

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

(Balasan Puisi Jiya Ashma)

Image may contain: people sitting and text
# RATAP SI BANGKU USANG #

Bintang bintang berkejora berkedipan mengejekku terbiar sepi
Pandangku sekeliling,angkasa membisu di seribu tanya awan mendung dihatiku
Kemanakah tinggalnya kekasih kekasih langitku

Rinduku berkerubung serpihan kalut ankara gentuman tsunami
Merapi susunan ombak mengelilingi helaian pantai

Lupa,atau terlupakankah
Aku,diriku
Kekasih langitmu

Tahukah kau kelana kelana jiwaku
Kini ku tlah duduk rapih di bangku bumi,serupa busur tlah memanah dedaun cintaku
Hingga terjatuhku di kuntum senyum ilalang
Terus saja, jejaka itu mencuri selendangku
Tangisku kini meratapi diri,tiada mampu lagi ku kembali

Wahai engkau kekasih kekasih langitku
Dapatkah kau bantu ku temukan selendangku tuk menari atau jua sekali kebak jemput hati yang tercuri

Lamunku tak tersentak kini
Temanilah renungku
Menatap senja di hujung laut sana

Gerangan disanakah letak akhir pelangi
Warni cintamu si pencuri hati

Kumohon para kekasih langitku
Berilah usul tentang cintaku yang berlabuh di tanah sebrang
Lauhnya, menaklukkan jagat

Kini ku sendiri dingin mendekap jubah malam yang hampir beku
Satura membesik kemilau kejora rindu

Pujaku mengasih engkau Arjuna belantara

Jiya zaara ashma
Taman hati:14-01-2019

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

DIK, NAH SELENDANGMU

(Balasan Puisi Jiya Ashma)

Adikku ...
Semilir angin menitipkan salam rindumu
Samar kerdip kejora mengisyaratkan sepi hatimu
Bukankah sudah aku pesankan padamu dahulu dik?
Andai rindu, menghadaplah ke samudera luas dan jeritkan namaku
Walau di mana aku berada, bayu pasti akan mengirimkan senandungmu

Jangan bertanya tentangku pada awan yang kelabu dik
Tidak akan dilayannya kerana dia sarat mengandungkan wap air yang tepu
Angkasa juga tidak akan menjawab pertanyaanmu dik
Dia juga sebenarnya sunyi, kerana tiada siapa yang sanggup berteman dengannya yang luas itu

Kemarilah, aku sedang menunggumu di sini dik
Di bangku usang tempat kita selalu duduk bercerita
Indahnya langit di malam ini dik
Terlihat sempurna dengan purnama dan binar gemintang berjuta

Nah ... lihatlah dik, apa yang aku bawa
Bukan kucuri, tapi selendang suteramu inilah yang selama ini menemankan aku mengembara
Merapat dik, biar aku selempangkannya ke bahumu
Moga bangkit kembali semangatmu ... dan kejora tidak akan lagi berani mentertawakanmu

Maafkan aku dik, sebenarnya aku tidak boleh berlama-lama di sini 
Aku akan kembali pergi sebaik terbitnya fajar di ufuk nanti
Tapi sepanjang malam ini aku akan tetap setia menemanimu
Kerana aku mahu melihat kamu menari dan berpuisi sepuas-puas hatiku

Ingat dik ... nanti kalau rindu berkelubung lagi
Teriakkan namaku ... di bangku usang ini aku pasti akan kembali

Nukilan: Si Takluk Jagat
14 Januari 2019

No comments:

Post a Comment