FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
GADIS, ANGGERIK DAN CINTA
Siapa bilang mawar tak cantik?
Selalu dianggap simbolik cinta
Namun apa kurangnya dengan anggerik?
Asalnya dari rimba, kini jadi penghias kota
Indahnya anggerik bak gadis pingitan
Tinggi tempatnya mengawan biru
Memang layaknya bersifat demikian
Bertentang mata tersipu malu
Bukan bunganya sahaja yang tahan lama
Bentuknya juga pelbagai rupa
Jangan diragu taat setianya
Sepenuh raga dipersembahkannya
Tatap itu bukannya kosong
Menyimpan rahsia seribu makna
Membawa harapan setinggi gunung
Sekuntum anggerik terselit di telinga
Anggerikku ...
Janji setiamu menundukkan aku
Lembut bicaramu meruntun qalbu
Moga bahagia ke hujung nyawa
Di bawah panji Rahman dan RahimNya
Nukilan: Si Takluk Jagat
18 Januari 2019
No comments:
Post a Comment